Home Malay Paper 1
UPSR 2008 Malay Paper 1
 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q1

“Peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah harus ______ patuhi,” nasihat Ali kepada kawan-kawannya.  

A     anda

B     kami

C     kita

D     awak

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q2 to Q3

 

Soalan 2 - 3 berdasarkan gambar di bawah.

 

 

2.    Abu sedang ______ kelapa untuk dijual.

A     Memarut

B     Menekan

C     Meramas

D     Memulas

 

3.    Di tepi Abu terdapat ______ tempurung kelapa.

A     serumpun

B     sekumpulan

C     setimbun

D     setompok

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q4

Buku teks yang diterima oleh Ismail belum ______.

A     bertampal

B     berbalut

C     bersarung

D     beralas

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q5

Tin minuman yang kosong itu menjadi ______ setelah dipijak oleh budak itu.

A     kemik

B     lengkung

C     lonjong

D     bulat

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q6

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

 

6.     Puan Lisa sedang menggosok baju ______ anak-anaknya mengulang kaji pelajaran.

A     hingga

B     sambil

C     manakala

D     malahan

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q7

Ali akan menyewakan rumah kedai itu ______ sesiapa yang berminat.

A     kepada

B     daripada

C     dengan

D     dari

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q8 to Q9

Soalan 8-9 berdasarkan bambar di bawah.

8.   Aktiviti gotong-royong dapat ______ penduduk setempat.

A     menitikberatkan

B     menyatupadukan

C     menunjukajarkan

D     mencampuradukkan

 

 

9.    Jamuan ringan pula disediakan oleh ______ orang wanita.

A     semua

B     kebanyakan

C     beberapa

D     seluruh

 

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q10

Anggota Rukun Tetangga kawasan perumahan itu ______ pada waktu malam.

A     meronda

B     peronda

C     rondaan

D     perondaan

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q11

Berdasarkan gambar di bawah

Ali memandu kereta dengan perlahan kerana jalan raya ______.

A     simpang-siur

B     senget-menget

C     bengkang-bengkong

D     lekak-lekuk

 

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q12

Baiklah, ______ perkenankan permintaan Laksamana,” titah Sultan

A     beta

B     tuanku

C     aku

D     patik

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q13

Dalam pertandingan tarik tali, kedua-dua pasukan telah memberikan saingan yang ______.

A      sengit

B      hangat

C      tangkas

D      tegang

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q14

Ramai orang berpusu-pusu ke pasar raya itu kerana jualan ______ sedang diadakan.

A     harga pokok

B     harga runtuh

C     harga tunai

D     harga mati

 

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q15

Puan Rani ______ apabila melihat pakaian yang cantik-cantik di kedai itu.

A     gelap mata

B     rambang mata

C     cuci mata

D     putih mata

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q16 to Q18

Soalan 16-18 berdasarkan gambar di bawah.

16    Ismail memakai topi keledar ______ hendak menunggang motosikal.

A     lalu

B     meskipun

C     kerana

D     walaupun

 

17    Dia berdiri di ______ hendak menunggang yang baru dibelinya.

A     sisi

B     pinggir

C     penjuru

D     sudut

18.  Ismail sentiasa ______ keselamatan diri ketika di jalan raya.

A     terutama

B     diutamakan

C     berutama

D     mengutamakan

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q19

Soalan19 berdasarkan gambar di bawah

Mereka sedang menarik tali jaring badminton itu.

Perkataan berlawan bagi menarik ialah

A     mendorong

B     menghulur

C     melepas

D     menyorong

 

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q20

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

Burung helang hendak menyambar anak-anak ayam yang berkeliaran di tepi reban.

Perkataan seerti bagi menyambar ialah

A     menyentap

B     menangkap

C     merampas

D     menarik

 

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q21

I       Murid-murid membaca buku dengan rapi di perpustakaan.

II     Lukisan itu dilukis rapi oleh pelukis terkenal.

III    Lisa menyikat rambutnya dengan rapi sebelum ke sekolah.

IV    Bekalan gula dikawal rapi semasa musim perayaan.

A     I dan II

B     I dan IV

C     II dan III

D     III dan IV

 

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q22

I      Saya berasa tidak sedap hati meninggalkan adik bersendirian.

II     Masakan yang dimasak oleh ibu saya sedap.

III    Suara penyanyi itu sungguh sedap didengar.

IV    Abang berasa sedap memandu kereta barunya.

A     I, III dan IV

B     II, III dan IV

C     I, II dan III

D     I, II dan IV

 

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q23

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Petani dahulu membajak sawah dengan menggunakan kerbau.

A     Di manakah petani membajak sawah?

B     Mengapakah kerbau digunakan untuk membajak sawah?

C     Bagaimanakah petani dahulu membajak sawah?

D     Bilakah kerbau digunakan untuk membajak sawah?

 

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q24

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Mengapakah peniaga itu mempamerkan tanda harga?

A     Penjual dapat memastikan kedainya menarik.

B     Pembeli dapat mengetahui harga barang.

C     Pelanggan mengetahui barang-barang yang dijual.

D     Peniaga hendak menarik perhatian pelanggan.


 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q25

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

“Ali, bolehkah pulangkan buku cerita saya yang kamu pinjam itu?” kata Lisa.

A     Lisa mengharapkan Ali meminjamkan buku cerita yang dipulangkan itu.

B     Lisa diminta oleh Ali memulangkan buku cerita yang dipinjamnya itu.

C     Lisa mengharapkan agar buku cerita Ali itu dipulangkan kepadanya.

D     Lisa meminta Ali supaya memulangkan buku cerita yang dipinjamnya itu.

 

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q26

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Pertandingan Bola Sepak Bawah 18 Tahun antara pasukan Pahang dan Perlis dibatalkan akibat hujan lebat.

A     Hujan lebat telah menyebabkan perlawanan Bola Sepak Bawah 18 Tahun antara pasukan Pahang dan Perlis dibatalkan.

B     Hujan lebat yang berlaku di Pahang dan Perlis mengakibatkan perlawanan pasukan Bola Sepak Bawah 18 Tahun dibatalkan.

C     Hujan lebat berlaku semasa perlawanan Bola Sepak Bawah 18 Tahun antara pasukan Pahang dan Perlis yang dibatalkan.

D     Hujan lebat telah membatalkan perlawanan Bola Sepak Bawah 18 Tahun antara pasukan Pahang dan Perlis.

 

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q27

Pilih ayat yang betul.

A     Murid-murid berasa gembira bila loceng waktu rehat dibunyikan.

B     Cikgu Cheong mengawasi murid-murid di padang ketika latihan bola sepak.

C     Abdulla dan Kuma berehat malahan berbual-bual.

D     Rajit berlatih dengan bersungguh-sungguh tetapi berjaya dalam pertandingan itu.

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q28

Pilih ayat yang betul.

A     "Jemput berkumpul di padang sekolah esok," pesan jurulatih hoki.

B     "Minta buka buku teks Bahasa Melayu kamu," arah Cikgu Halim.

C     "Jangan pergi ke mana-mana sehingga saya datang," ujar Kumaran.

D     "Sila tolong ambilkan buku di atas meja saya," kata Kumari.

 

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q29

Pilih ayat yang betul.

I      Ali membeli buah tangan semasa melawat Jepun.

II     Para peserta banyak mendapat maklumat melalui ceramah itu.

III    Kedua ibu bapanya sangat mengambil berat tentang pelajaran.

IV    Bilik darjah itu membersih oleh kami semalam.

A     I dan II

B     I dan III

C     II dan IV

D     III dan IV

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q30

Pilih ayat yang betul.

I      Fauziah menghias halaman rumahnya dengan pokok-pokok bunga.

II     Kerbau itu mati akibat terpanah petir.

III    Dahan pokok itu keguguran apabila ditiup angin.

IV    Juruterbang itu terpaksa membuat pendaratan cemas.

A     I dan II

B     II dan III

C     III dan IV

D     I dan IV

 

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q31 to Q35
Soalan 31-35. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

     Pada cuti sekolah yang lalu, Ah Kiong bercadang ke rumah datuknya di Perlis tetapi hasratnya terbantut kerana keadaan cuaca yang tidak menentu. Sudah lima hari hujan turun dengan lebatnya.

     Kampung Seri Aman yang terletak berhampiran dengan sungai telah dilanda banjir. Penduduk kampung dinasihatkan supaya berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir.

     "Raju, Ah Kiong, mari kita bantu mangsa banjir," kata Ahmad.

     "Yalah, itu lebih baik daripada kita duduk-duduk sahaja," balas Ah Kiong.

     "Apakah bantuan yang dapat kita berikan?" tanya Raju.

     "Eh, banyak perkara yang boleh kita lakukan. Kita boleh menolong Pak Abu dan kawan-kawannya memasak," kata Ahmad.

     "Sekurang-kurangnya kita boleh belajar mamasak," jelas Ahmad.

     "Betul kata Ah Kiong. Marilah kita ke tempat Pak Abu," ajak Ahmad.

     Setibanya di sana, Ah Kiong menolong Pak Abu membersihkan ikan manakala Raju dan Ahmad pula mencuci pinggan mangkuk.

     "Pak Abu, banyaknya lauk dan nasi!" kata Raju kehairanan.

     "Ya, Raju. Pak cik perlu menyediakan makanan untuk lebih kurang 400 orang mangsa banjir," Pak Abu.

     “Kamu bertiga budak baik dan ringan tulang. Pak cik berharap agar kamu bertiga dapat menjadi contoh kepada budak-budak lain," kata Pak Abu.

   “Terima kasih,” jawab Raju bagi pihak kawan-kawannya.

Makna :

hasrat : keinginan yg kuat utk mencapai sesuatu; harapan; kehendak

terbantut : terhalang atau tersekat hingga tidak dapat tumbuh (berkembang, mencapai kejayaan atau kemajuan, dll), tidak jadi, tidak selesai;

ringan tulang : rajin bekerja

 

31    Penduduk Kampung Seri Aman diarahkan supaya berpindah kerana

A     mendapatkan makanan percuma.

B     air sungai surut.

C     hujan lebat.

D     banjir melanda.

 

32    Ah Kiong bercadang ke rumah datuknya di Perlis tetapi hasratnya terbantut kerana keadaan cuaca yang tidak menentu.

       Petikan di atas bermaksud Ah Kiong

A     berhajat pergi ke rumah datuk

B     tidak jadi pergi ke rumah datuk

C     pergi ke rumah datuk sebelum hujan reda

D     ingin pergi ke rumah datuk pada masa cuti

 

33    Mengapakah Raju berasa kehairanan?

A     Melihat Ahmad mencuci pinggan mangkuk

B     Kampung telah dilanda banjir

C     Banyak makanan disediakan

D     Mangsa banjir sangat ramai

 

 

34    Penyataan manakah yang tidak benar tentang petikan?

A     Mereka ialah budak baik dan rajin. 

B     Mangsa banjir dipindahkan ke tempat yang selamat.

C     Mereka membantu mangsa-mangsa banjir.

D     Mangsa banjir diberikan bantuan di rumah masing-masing.

 

35    Kamu bertiga budak baik dan ringan tulang. Pak cik berharap agar kamu bertiga dapat menjadi contoh kepasa budk-budak lain.

       Kata-kata Pak Abu tersebut membawa maksud 

A     memuji

B     mencintai

C     menyanjungi

D     menghormati

 
PYQ - Malay 2008 Pap. 1.Q36 to Q40

Soalan 36-40 Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

          Tarikh : 20 Jun 2008

          Masa : 8.30 pagi

          Aku dan rakan-rakan ahli Persatuan Sains berkumpul di tapak perhimpunan. Selepas guru mencatat kedatangan kami, bas yang kami naiki bertolak ke Ladang Ternakan Kambing Bukit Kopi. Lawatan itu diketuai oleh guru kami, Encik Ismail.

          Masa : 9.30 pagi

          Kami disambut oleh pekerja ladang, Encik Muthu dan Encik Abu. Kami dibawa ke bilik taklimat dan diperkenalkan kepada pengurus ladang, Encik Mustafa. Sementara itu, penerangan awal tentang kegiatan ladang ini telah disampaikan oleh Encik Ali.

          Masa : 10.15 pagi

          Kami dibawa ke kandang kambing. Kambing yang diternak di ladang itu terdiri daripada baka tempatan, kacukan dan luar negara. Kambing di situ gemuk-gemuk kerana dijaga dengan baik dan diberi makan rumput yang segar.

         

          Masa : 10.45 pagi

          Kami dibawa ke bahagian pengeluaran susu kambing. Di sini, susu akan diperah, dikumpulkan dan dibotolkan dengan menggunakan mesin khas. Untuk menjaga kesegaran susu, kebersihan amat dipentingkan.

          Masa : 11.15 pagi

          Kami dibawa pula ke tempat penyembelihan. Kami melihat cara kambing disembelih dan dilapah. Selepas dilapah, daging kambing disimpan di dalam bilik dingin beku supaya sentiasa segar sebelum dijual.

          Masa : 12.00 tengah hari

          Kami menuju ke padang ragut. Kami dapat melihat pemandangan yang indah dan menarik. Kambing-kambing itu dibiarkan bebas meragut rumput di kawasan yang ditetapkan. Dengan cara ini, kawasan ragut akan sentiasa mempunyai rumput yang segar.

          Masa :1.00 petang

          Kami pulang selepas jamuan tengah hari yang disediakan oleh pihak pengurusan ladang. Saya sangat gembira kerana mendapat pengalaman dan pengetahuan yang amat berharga tentang ternakan kambing.

 

Makna:

kandang : tempat atau ruang yg berpagar dsb (utk binatang, terutamanya pd malam hari)

taklimat : penerangan ringkas

baka : asal keturunan

penyembelihan : perbuatan menyembelih, pemotongan

36    Encik Ismail ialah

A     ahli Persatuan Sains

B     pengurus ladang

C     ketua rombongan

D     pekerja ladang

 

 

37    Di manakah mereka diberi penerangan awal tentang ladang ternakan kambing?

A     Kandang kambing

B     Tapak perhimpunan

C     Bilik taklimat

D     Tempat penyembelihan

38    Bagaimanakah cara untuk memastikan daging kambing sentiasa segar?

A     Disimpan dibilik dingin beku

B     Dimasukkan ke dalam mesin khas

C     Diberi makan rumput yang segar

D     Dijual dengan segera

39    Pilih penyataan yang tidak benar tentang petikan.

A     Daging yang siap dipotong akan disimpan di bilik dingin beku.

B     Mereka berkumpul di sekolah sebelum bertolak.

C     Susu dikumpulkan dengan menggunakan mesin khas.

D     Kambing meragut rumput di tempat yang tidak tetap.

 

40    Rangkai kata amat berharga dalam petikan bermaksud

A     semakin bertambah

B     sungguh mahal

C     bermutu tinggi

D     sangat bernilai