|
Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Laporan Perkhemahan SJKT) Jalan Tempurong Pasukan Pengakap SJK(T) Jalan Tempurong telah mengadakan perkhemahan di kaki Gunug Jerai pada 22 Ogos 2007. Seramai 45 orang ahli pengakap menyertai perkhemahan ini. Sebelum bertolak, kami telah bersama-sama menyediakan peralatan perkhemahan itu. Seperti yang dijadualkan, kami sampai di tapak perkhemahan pada pukul 10.00pagi. Setibanya di sana, kami terus menjalankan tugas yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan. Ada yang mendirikan khemah, mencari kayu api , mengambil air dan memasak. Pada waktu petang, kami mengadakan aktiviti berkawad, meredah hutan dan sukaneka. Kemudian, kami mandi untuk menyegarkan badan di air terjun yang berdekatan. Pada waktu malam pula , setiap kumpulan membuat persembahan masing-masing. Keesokan harinya, kami berkemas dan mengutip sampah di tapak perkhemahan. Selepas itu ,kami pun pulang. Kami berpuas hati kerana perkhemahan ini berjalan lancar. Disediakan oleh, Ismail Setiausaha Pengakap SJK(T) Jalan Tempurong (30 Ogos 2007) |