Home Malay Paper 1
UPSR 2007 Malay Paper 1
PDF Print E-mail
 
PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q1 to Q2 PDF Print E-mail

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesual.

Soalan 1-2 berdasarkan gambar di bawah.

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q1

Pemuda bertanya, "Bolehkah ______ menukar wang di sini?"

A     dia

B     saya

C     anda

D     kami

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q2

Kerani itu ______ pemuda yang hendak menukar wang itu.

A     pelayanan

B     layanan

C     melayan

D     melayankan

 
PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q3 PDF Print E-mail

Bendera Malaysia mempunyai empat belas ______ merah dan putih.

A     petak

B     coret

C     jalur

D     garis

 
PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q4 PDF Print E-mail

PYQ 2007 BM 1 1

Penanaman pokok keladi boleh dilakukan ______ menggunakan anak keladi.

A     daripada

B     dari

C     dengan

D     kepada

 
PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q5 PDF Print E-mail

Hari telah larut malam tetapi Siti _________ menyiapkan kerja rumahnya.

A     masih

B     belum

C     telah

D     dengan

 
PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q6 PDF Print E-mail

Abu ______ untuk menjadi juru terbang seperti bapa dan dua orang abangnya.

A      ada hati

B      geli hati

C      hati kecil

D      ambil hati

 
PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q7 to Q9 PDF Print E-mail

PYQ 2007 BM1 7

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q7

Burung-burung itu ______ di atas dahan pokok untuk berehat.

A     duduk

B     hinggap

C     diri

D     lunjur

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q8

Burung-burung itu berehat sambil ______ di atas dahan pokok.

A      berkokok

B      berbunyi

C      berdesir

D      berkicau

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q9

Suara burung itu sungguh ______ hingga terpesona sesiapa mendengarnya.

A     geresek

B     parau

C     merdu

D     serak

 
PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q10 PDF Print E-mail

Abang Long membimbing Abu mengulang kaji pelajaran ______ dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.

A     jika

B     namun

C     supaya

D     untuk

 
PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q11 to Q12 PDF Print E-mail

Berdasarkan gambar di bawah

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q11

Sebagai ______ Persatuan Bahasa Cina di sekolahnya, Ali perlu menyiapkan laporan aktiviti yang diminta oleh Cikgu Chong.

A      setiausaha

B      urus setia

C      ahli

D      kerani

 

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q12

Cikgu Chong berdiri di ______ Ali sambil memberi tunjuk ajar cara menggunakan komputer.

A     sisi

B     belakang

C     hadapan

D     hujung

 
PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q13 to Q14 PDF Print E-mail

Berdasarkan gambar di bawah.

Malay 2007 Pap.1.Q13 to Q14  

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q13

Buku latihan itu terpaksa dipegang ______ begnya sudah penuh.

A     supaya

B     jikalau

C     dengan

D     kerana

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q14

Dia memastikan pakaian sentiasa _____ walau di mana sahaja dia berada.

A     kacak

B     rapi

C     tampan

D     cantik

 
PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q15 PDF Print E-mail

Nenek mengikat kerusi rotan yang rosak itu dengan _______ rotan.

A     sebatang

B     sehelai

C     seurat

D    sebiji

 
PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q16 to Q17 PDF Print E-mail

Berdasarkan gambar di bawah.

Malay 2007 Pap.1.Q16 to Q17 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q16

Air dalam baldi di ______ kerana kepada paip itu telah ditutup.

A     membuih

B     memercik

C     meluap

D     melimpah

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q17

Kepala paip itu tidak boleh ditutup ______ dan perlu dibaiki dengan segera.

A     erat-erat

B     kuat-kuat

C     ketat-ketat

D     padat-padat

 
PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q18 to Q19 PDF Print E-mail

Berdasarkan gambar di bawah.

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q18 to Q19 

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q18

Lim mengheret basikalnya ketika menuruni bukit yang ______ itu.

A     curam

B     condong

C     landai

D     halus

 

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q19

Dia membawa pulang ______ kayu api.

A     sejambak

B     seberkas

C     setompok

D     setimbun

 
PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q20 PDF Print E-mail

Dia berhati-hati ketika menuntun basikalnya kerana bimbang terjatuh.

Perkataan seerti bagi berhati-hati ialah

A     aman

B     rapi

C     tenteram

D     waspada

 
PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q21 PDF Print E-mail

Air Sungai Kelang itu mengalir perlahan menuju Selat Melaka.

Perkataan berlawan bagi perlahan ialah

A     lekas

B     deras

C     lengah

D     gesa

 
PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q22 to Q 23 PDF Print E-mail

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q22

      I Kedudukan Puan Siti sebagai pengerusi persatuan itu kukuh.

    II Jambatan yang lama itu masih kukuh untuk digunakan.

   III Jangan dibuang dodol itu kerana masih kukuh dan boleh dimakan.

   IV Persembahan yang kukuh akan menjadikan majlis lebih menarik.

A     I dan II

B     II dan III

C     III dan IV

D     I dan IV

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q23

      I Dia bernyanyi-nyanyi untuk panas hatinya yang runsing.

     II Cuaca sepanjang bulan April diramalkan panas.

    III Berita panas itu mentajuk utama akhbar tempatan dan luar negara.

    Iv Setelah anaknya kembali degan selamat barulah panas fikirannya

A    I dan III

B    I dan IV

C    II dan III

D    II dan IV

 
PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q24 PDF Print E-mail

Soalan 24 Berdasarkan gambar di bawah.

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q18 to Q19 

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Masukkan batang skru dahulu, kemudian pasangkan nat dan pusing hingga kemas.

A     Apakah kegunaan nat dan batang skru?

B     Mengapakah kita perlu gunakan nat dan skru?

C     Siapakah akan memasang nat dan skru ini?

D     Bagaimanakah hendak memasang nat dan skru ini?

 
PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q25 PDF Print E-mail

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Ke manakah kakak kamu pergi hingga sekarang tidak sampai-sampai lagi?

A     Kakak pergi ke sana dengan berjalan kaki.

B     Saya fikir kakak mungkin singgah di rumah kawan dahulu.

C     Kakak tidak pernah datang ke sini.

D     Saya yakin pada kakak kerana dia tahu tempat itu.

 
PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q26 to Q27 PDF Print E-mail

Pilh ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q26

Selepas acara sukan tamat, murid-murid mengutip sampah-sarap di kawasan sekolah.

A     Sampah-sarap dikutip oleh murid-murid di kawasan yang sukan sekolahnya.

B     Sampah-sarap di kawasan sekolah dikutip oleh murid-murid setelah acara sukan tamat.

C     Sampah-sarap dikutip oleh murid-murid yang tamat sekolah pada hari sukan.

D     Sampah-sarap dikutip oleh murid-murid di kawasan bersukan semasa acara sukan tamat.

 

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q27

Pengawas perpustakaan meminta murid-murid memastikan keadaan dalam perpustakaan sentiasa bersih.

A     "Tolong jaga kebersihan perpustakaan itu," kata pengawas perpustakaan itu kepada murid-murid.

B     "Perpustakaan perlu dipastikan bersih," kata pengawas perpustakaan itu kepada murid-murid.

C     "Murid-murid mesti sentiasa membersihkan perpustakaan," kata pengawas itu kepada murid-murid.

D     "Perpustakan mesti selalu dibersihkan," kata pengawas perpustakaan kepada murid-murid.

 
PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q28 to Q30 PDF Print E-mail

Pilih ayat yang betul.

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q28

A     Lampu itu ialah dia yang membaikinya.

B     Sila jangan buat bising semasa di dalam perpustakaan.

C     Tanah di hujung kampung itu bukan milik bapa saya.

D     Di ketika peristiwa itu terjadi, abang masih kecil lagi.

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q29

I      Amboi, ambillah pembaris kamu balik!

II     Pasukan itu diramalkan akan menjadi juara pada tahun ini.

III    Pemandangan di tepi pantai terlalu amat indah sekali.

IV    Cikgu Tan pernah melatih pasukan badmainton sekolahnya.

A     I dan III

B     I dan IV

C     II dan III

D     II dan IV

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q30

I      Berguni-guni padi telah musnah dalam kebakaran itu.

II     Setiap orang rakyat patut menunjukkan perasaan kesetiaan mereka terhadap negara.

III    Segala-gala persiapan Hari Guru dibiayai oleh PIBG.

IV    Program Sekolah Sihat telah dilancarkan ke seluruh negara.

A     I dan III

B     I dan IV

C     II dan III

D     II dan IV

 
PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q31 to Q35 PDF Print E-mail

Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

      Permainan tradisional merupakan permainan yang diwarisi turun-temurun dan merupakan sebahagian budaya masyarakat Malaysia. Wau, congkak dan gasing adalah antara permainan tradisional yang digemari suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, permainan ini sudah tidak terkenal lagi dalam kalangan masyarakat hari ini. Banyak faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Antaranya termasuklah pengaruh permainan moden. kurang pendedahan dan cara hidup masyarakat yang telah berubah.

      Kekurangan tanah lapang pula menyebabkan permainan wau sukar dimainkan. Tanah-tanah lapang yang ada dimajukan untuk membina bangunan, jalan raya, tapak perindustian dan sebagainya. Oleh itu, masyarakat hari ini beralih kepada permainan moden seperti badminton, bola keranjang dan bola jaring yang tidak memerlukan ruang yang begitu luas.

      Sesuatu harus dilakukan untuk memperkenalkan kembali permainan tradisional. Satu daripada caranya adalah dengan mengadakan pertandingan. Hadiah yang lumayan harus disediakan untuk menarik minat orang ramai. Di samping itu, kempen tentang permainan tradisional harus diperbanyakkan.

      Permainan tradisional perlu dipermodenkan agar dapat disesuai dengan zaman sekarang. Contohnya, sepak takraw yang telah diubah suai dari segi nama, peraturan permainan, pengiraan mata dan cara berpakaian. Kini, permainan ini mula diterima di peringkat antarabangsa dan besar kemungkinan akan disenaraikan sebagai satu acara dalam Sukan Olimpik.

      Kita sebagai generasi muda bertanggungjawab untuk menyambung warisan peninggalan generasi terdahulu. Diharapkan permainan tradisional ini akan terus dipelihara oleh generasi akan datang.

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q31

Mengapakah permainan wau kurang dimainkan pada masa sekarang?

A     Permainan ini memerlukan kawasan yang lapang.             

B     Pengiraan mata tidak diubah suai .

C     Undang-undang permainan sentiasa berubah.             

D     Permainan ini tidak terlalu moden

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q32

Siapakah yang bertanggungjawab untuk mengekalkan permainan tradisional?

A     Masyarakat antarabangsa

B     Generasi muda

C     Orang tua

D     Masyarakat tradisional

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q33

Bagaimanakah cara untuk menarik minat orang ramai menyertai pertandingan permainan tradisional?

A     Mengekalkan peraturan

B     Kempen tentang permainan moden harus diperbanyakkan

C     Menyedaikan hadiah yang lumayan

D     Menyenaraikan sebagai acara Sukan Olimpik

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q34

Permainan tradisional dapat diperkenalkan di peringkat antarabangsa jika

A     permainan ini dimainkan oleh generasi tua

B     kiraan mata permainan harus dikekalkan

C     peraturan permainan ini dipermudahkan

D     permainan ini dipermodenkan

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q35

Perkataan beralih dalam petikan bermaksud

A     berbalah

B     bertukar

C     bergerak

D     berarak

 
PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q36 to Q40 PDF Print E-mail

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

 

Doktor   :Awak sakit apa?

Ali         :Doktor, saya tidak dapat tidur semalaman kerana mengalami cirit-birit dan perut saya juga sakit.

Doktor   :Adakah awak mengambil sebarang ubat penahan sakit?

Ali         :Ada, tetapi sakit perut saya tidak berkurangan.

Doktor meminta Ali berbaring di atas katil untuk pemeriksaan.

Doktor   :Saya berpendapatan awak mengalami keracunan makanan. Apakah yang telah awak makan?

Ali         :Petang malam saya makan mi goreng di sebuah gerai.

Doktor   :Adakah makanan yang dijual itu ditutup?

Ali         :Tidak, doktor. Lagipun gerai itu terletak di tepi jalan.

Doktor   :Awak seharusnya makan makanan yang bersih dan berzat.

Ali         :Kenapa pula begitu,doktor?

Doktor   :Makanan yang bersih dan berzat baik untuk kesihatan. Makanan yang terdedah pula akan dihinggapi lalat dan boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

Ali         :Baiklah, saya akan mengikut segala nasihat doktor.

Doktor   :Baguslah, sila ambil ubat di kaunter dan makan mengikut aturan.

Ali         :Terima kasih.

 

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q36

Apakah tindakan awal Ali apabila mengalami cirit-birit dan sakit perut?

A      Pergi jumpa doktor

B      Tidur dengan lelap

C      Makan ubat

D      Mengikut nasihat doktor

 

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q37

Mengapakah doktor menyuruh Ali berbaring?

A      Untuk mengetahui punca keracunan makanan

B      Untuk memberikan suntikan dan ubat kepada Ali

C      Bagi mengurangkan kesakitan Ali

D      Bagi memudahkan doktor memeriksa perut Ali

 

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q38

Makanan yang dihidangkan perlu ditutup supaya

A      tidak mengandungi habuk

B      tidak dihinggapi lalat

C      sentiasa berkhasiat

D      sentiasa bersih dan panas

 

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q39

Penyataan yang benar tentang petikan ini ialah

A     Ali pengsan ketika diperiksa oleh doktor

B     Ali disarankan supaya memilih makanan yang bersih

C     Ali berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan cuti sakit

D     Ali berjumpa doktor kerana dia tidak datap tidur semalaman

 

 

PYQ - Malay 2007 Pap.1.Q40

Rangkai kata tidak berkurangan dalam petikan bermaksud

A     semakin perit 

B     sudah pulih

C     kurang sakit

D     belum lega