|
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
“Seng! Seng! Seng!
Bangun. Dah lewat ni. Malam tadi cakap nak bangun awal,” Seng terdengar suara
ibunya memanggil dari luar sambil mengetuk-ngetuk pintu biliknya, Seng bangun
lalu nencapai tuala. Dia bergegas ke bilik air.
Suku jam kemudian.
Seng sudah siap untuk ke sekolah. Dia turun ke bawah lalu menuju ke pintu depan
rumahnya. “Seng, marilah bersarapan dahulu.” kata ibunya.
“Tak apalah ibu, sudah
lewat. Bimbang ketinggalan bas sekolah lagi. Lagi pun hari ini ada ujian. Nanti
Seng makan di kantin sahaja. Duit yang ayah beri semalam masih ada,” jawab Seng.
Semasa Seng berjalan
ke perhentian bas, dia teringat kata-kata ayahnya supaya belajar
bersungguh-sungguh dan pandai berjimat-cermat. Ayahnya pemandu bas ekspres dan
membawa penumpang dari bandar kediaman mereka di Taiping ke Ipoh, Kuala Lumpur,
Seremban dan Johor Bahru. Ibunya pula mengurus rumah dan menjaga Seng serta dua
orang adiknya yang belum bersekolah.
Pada hari itu, Seng
menaiki bas awam kerana ketinggalan bas sekolah sekali lagi. Mujur dia mendapat
lempat duduk walaupun terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang yang hendak ke
tempat kerja. Di pertengahan jalan, seorang nenek menaiki bas itu. Seng segera
memberikan tempat duduknya kepada orang tua tersebut.
Walaupun Seng lewat,
namun semangatnya yang ingin mencapai kejayaan menyebabkan dia terus juga ke
sekolah. Dia sentiasa mengingati nasihat Cikgu Roslan supaya rajin belajar. “Pelajaran
penting untuk masa depan kamu,” itulah kata-kata yang sering didengarinya.
Sampai di sekolah,
Seng cepat-cepat mengatur langkah menuruti kawan-kawannya yang lain masuk ke
kelas.
PYQ - Malay 2006 Pap.1.Q36
Seng tidak mahu bersarapan pagi kerana
A dia hendak menaiki bas awam
B dia masih ada duit
C dia sudah lewat
D dia akan makan di kantin
PYQ - Malay 2006 Pap.1.Q37
Dimanakah Seng sekeluarga tinggal?
A Ipoh
B Seremban
C Johor
D Taiping
PYQ - Malay 2006 Pap.1.Q38
Sifat yang berikut tidak terdapat pada diri Seng.
A Rajin
B Menepati masa
C Berjimat-cermat
D Bertimbang rasa
PYQ - Malay 2006 Pap.1.Q39
Semua pernyataan berikut adalah benar kecuali
A Seng tidak makan sarapan pagi di rumah
B Seng mengambil masa lima belas minit untuk bersiap
C Seng selalu mendengar nasihat ayahnya
D Seng menaiki bas sekolah pada hari itu.
PYQ - Malay 2006 Pap.1.Q40
Rangkai kata terpaksa bersesak-sesak dalam
petikan bermaksud
A mesti berlumba-lumba
B harus bertolak-tolak
C kena berduyun-duyun
D perlu berhimpit-himpit
Jawapan : D
Takrif:
bertolak-tolak : saling melepaskan tanggungjawab
berduyun-duyun : beramai-ramai dan tidak putus-putus
berhimpit-himpit : berapat-rapat hingga tidak bersela lagi
|