Home Malay Paper 2
UPSR 2006 Malay Paper 2
PYQ - Malay 2006 Pap.2.QA PDF Print E-mail

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

 
PYQ - Malay 2006 Pap.2.QB PDF Print E-mail

Pilih satu daripada tajuk- tajuk di bawah dan tulis sebuah karanganyang sepanjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan.

1.  Amalan menabung perlu dimulakan sejak kecil.

     Tulis sebuah karangan tentang faedah menabung. 

ATAU

2.  Rakan sekolah kamu telah dipilih sebagai Ketua Pengawas. Kamu sebagai pengarang majalah sekolah telah ditugaskan untuk menemu bualnya.

     Tulis temu bual tersebut.

ATAU

3.  Tulis sebuah cerita. Akhiri cerita kamu dengan ayat di bawah.

...... Mereka gembira kerana pasukan mereka telah berjaya dalam pertandingan itu.

 
PYQ - Malay 2006 Pap.2.QC PDF Print E-mail

Tulis empat pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

SABAH, 9 Mei — Rosman murid Tahun 5 Sekolah Rendah Kebangsaan Taiping telah berjaya menyelamatkan anak jirannya yang terjatuh ke dalam kolam berhampiran rumah mereka. Kejadian itu berlaku pagi semalam. Mangsa kejadian itu ialah Ah Beng, berumur 10 tahun. Kejadian itu berlaku ketika dia sedang bermain bola bersama adiknya di tepi kolam itu. Ah Beng terjatuh ketika cuba mengambil bola yang bergolek masuk ke kolam. Jeritan Ah Beng telah didengari oleh Rosman yang sedang belajar bersama-sama Raju. Rosman terjun ke dalam kolam dan berjaya menarik Ah Beng ke tepi kolam dengan bantuan kawannya, Raju. Ibu bapa Ah Beng telah mengucapkan terima kasih kepada Rosman dan Raju kerana menyelamatkan anak mereka. Pihak sekolah pula akan memberikan sijil penghargaan kepada Rosman dan Raju.