|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q1 |
|
|
|
|
Sebagal pemimpin masyarakat yang banyak berjasa, ______________ sangat
dihormati.
A beliau
B dia
C beta
D mereka
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q2 |
|
|
|
|
Berdasarkan gambar di bawah.

Ali _____________ buah mangga itu dengan sebatang kayu.
A memetik
B menjolok
C memukul
D menarik
Jawapan : B
Makna:
memetik - mengambil (buah, bunga, pucuk, dll) drpd tangkainya
menjolok - menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll supaya gugur,
menusuk ke dlm lubang dll
memukul - ketuk (dengan benda yang keras atau berat)
menarik - menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke
hadapan, keluar, tercabut dll)
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q3 |
|
|
|
|
Burung peliharaan Aminah yang ___________ dari sangkar telah hinggap di atas dahan pokok itu.
A terlepas
B tertanggal
C terlucut
D terbuka
Jawapan : A
Makna:
terlepas - lari atau bebas (drpg kurungan, penjara, tahanan)
tertanggal - terlepas dr tempatnya lalu jatuh atau gugur
terlucut - terlepas (drpd pegangan, genggaman, ikatan dll)
terbuka - tidak tertutup, terdedah, terlepas (ikatan, jahitan)
|
|
Last Updated on Thursday, 22 April 2010 06:07 |
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q4 |
|
|
|
|
Para tetamu __________ pulang setelah majlis penyampaian hadiah selesai.
A bersesak
B bergelut
C bergerak
D bertindak
Jawapan : A
Makna:
bersesak - berasak-asak, berhimpit-himpit, bersempit-sempit
bergelut - peluk-memeluk dan guling-menggulingkan
bergerak - bergoyang, beralih tempat, berpindah tempat
bertindak - menjalankan usaha (kegiatan) untuk sesuatu
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q5 |
|
|
|
|
Penyanyi yang bersuara _________ itu telah berjaya menewaskan peserta-peserta lain.
A dengan
B lunak
C serak
D kasar
Jawapan : C
Makna:
dengan - (ber)serta, bersama, disertai
lunak - empuk, lembut, tidak keras (buah ini isinya manis lunak)
serak - parau atau ganau (suara)
kasar - tidak tertib (sopan-santun, beradab), tidak lemah-lembut
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q6 |
|
|
|
|
Kereta yang dipandu oleh ibu bergerak dengan __________ kerana jalan sesak.
A lajak
B lurus
C lancar
D perlahan
Jawapan : D
Makna:
lajak - tidak berhenti, terus (bergerak)
lurus - tidak bengkok, lempang
lancar - terlalu pantas, licin (pergerakan sesuatu benda)
perlahan - tidak terburu-buru, lambat-lambat
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q7 |
|
|
|
|
Ibu berasa __________ kerana kakak lewat pulang ke rumah.
A takut
B curiga
C bimbang
D sesat
Jawapan : C
Makna:
takut - gentar (gerun,ngeri) menghadapi sesuatu yang dianggap boleh
membahayakan diri
curiga - syak wasangka, waswas, sangsi
bimbang - berasa gelisah atau sedap hati kerana memikirkan sesuatu
atau takut sesuatu yang tidak diingini berlaku, khuatir, risau
sesat - tidak mengikuti jalan yang betul, tersalah (tersilap) jalan
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q8 |
|
|
|
|
Encik Hasmin bekerja keras tanpa mengira penat lelah __________ kebahagian keluarganya.
A supaya
B akan
C demi
D bahawa
Jawapan : C
demi - kerana, untuk _____
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q9 |
|
|
|
|
Kanak-kanak itu ____________ bermain di padang walaupun hujan
semakin lebat.
A telah
B masih
C lalu
D ketika
Jawapan : B
masih - lagi (dlm keadaan)
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q10 |
|
|
|
|
Berdasarkan gambar di bawah.

Budak itu menaikkan bendera hingga ___________ tiang.
A puncak
B penjuru
C atas
D hulu
Jawapan : A
Makna:
puncak - bahagian yang tertinggi (Bendera negara kita sudah berkibar di puncak tiang)
penjuru - pokok, sudut
atas - aras tinggi (dari atas bukit itu nampak laut)
hulu - kapala, hulu sungai - bahagian atas sungai
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q11 |
|
|
|
|
Berdasarkan gambar di bawah.

Puan Lim bersetuju ____________ harga buah durian yang ditawarkan oleh
penjual itu.
A untuk
B dengan
C supaya
D pada
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q12 |
|
|
|
|
Siti telah ______
pertandingan nyanyian lagu patriotik peringkat negara.
A memenangi
B memenangkan
C dimenangi
D kemenangan
Jawapan : A
B: Siti memenangkan semua peserta lain dalam pertandingan nyanyian
lagu patriotik peringkat negara.
C: Pertandingan nyanyian lagu patriotik peringkat negara itu telah
dimenangi oleh Siti.
D: Kemenangan Siti dalam pertandingan nyanyian lagu patriotik
peringkat negara amat membanggakan.
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q13 |
|
|
|
|
Murid-murid sedang asyik menonton __________ video tentang sejarah
kemerdekaan Malaysia.
A tertayang
B tayangan
C menayangkan
D ditayangi
Jawapan : B
A: Video tentang sejarah kemerdekaan Malaysia itu tertayang kepada murid-murid.
C: Sekolah menayangkan video tentang sejarah kemerdekaan Malaysia.
D: Video tentang sejarah kemerdekaan Malaysia ditayangi oleh guru
besar pada minggu patriotik.
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q14 |
|
|
|
|
Berdasarkan gambar di bawah

Kerani sekolah itu menerima ______________ ke majlis sambutan Hari Guru.
A surat jemputan
B surat akuan
C surat kebenaran
D surat aduan
Jawapan : A
surat akuan - surat yang mengaku, mengatakan peresahan, menyetujui
surat kebenaran - surat untuk menganggap sah
surat aduan - menyatakan hal atau perkara (yang tidak menyenangkan) untuk
mendapatkan pertolongan (sokongan atau simpati)
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q15 |
|
|
|
|
Siti mendaftarkan namanya kepada _________ peraduan mewarna.
A jurulatih
B sukarela
C ahli parlimen
D ahli panel
Jawapan : D
jurulatih - org yang melatih orang lain supaya mahir
sukarela - dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak kerah, dengan rela hati
ahli parlimen - ahli majlis (dewan) tertinggi pembuat undang-undang yang
terdiri daripada dewan rakyat dan dewan negara
ahli panel - kumpulan orang yang membincangkan sesuatu tajuk
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q16 |
|
|
|
|
Berdasarkan gambar di bawah.

Lipas menggunakan ___________ untuk mengesan keadaan di sekelilingnya.
A mencengkam
B sesungut
C rambut
D bebenang
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q17 |
|
|
|
|
Biri-biri yang diternak oleh Encik Ali _______________ belaka.
A kuat-kuat
B sihat-sihat
C comel-comel
D kecil-kecil
Jawapan : B
kuat-kuat - sejenis tumbuhan
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q18 |
|
|
|
|
Setiap pagi Lili makan tiga ____________ roti bakar sebelum pergi ke sekolah.
A keping
B buku
C helai
D naskhah
Jawapan : A
sebuku sabun
sehelai kertas
senaskhah majalah
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q19 |
|
|
|
|
Baju kebaya yang cantik itu ialah __________ neneknya.
A berat tangan
B pembasuh tangan
C bekas tangan
D lepas tangan
Jawapan : C
berat tangan - malas
pembasuh tagan - upah yang diberikan kpd org yang disuruh bekerja
bekas tangan - tandatangan, tulisan tangan, hasil buatan sendiri, pukulan
lepas tangan - tidak berpegang, tidak masuk campur dlm sesuatu hal,
tidak ada tambahan upah
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q20 |
|
|
|
|
“Kamu jangan ________ dengan teguran saya,” kata Aslina kepada Lina.
A tegar hati
B iri hati
C ambil hati
D berat hati
Jawapan : C
tegar hati - tidak mahu menurut (mengalah), keras hati
iri hati - berasa (perasaan) tidak senang dengan kelebihan orang lain,
cemburu, dengki
ambil hati - memikat hati, tersinggung, berasa kecil hati
berat hati - enggan, tidak sampai hati
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q21 |
|
|
|
|
Chee Seng memang cekap bermain catur.
Pilih perkatan seerti bagi cekap.
A hemat
B mahir
C rajin
D lincah
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q22 |
|
|
|
|
Pasangan kembar itu memiliki wajah yang seiras.
Pilih perkataan berlawan bagi seiras.
A mirip
B serupa
C secocok
D berbeza
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q23 - Q24 |
|
|
|
|
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q23
I Sajak itu mempunyai maksud yang dalam.
II Dia mendengar nasihat ibu dengan dalam.
III Perigi di belakang rumah nenek sungguh dalam.
IV Adik menyiapkan kerja sekolahnya masa dalam dua jam.
A I, II, III
B I, II, IV
C I, III, IV
D II, III, IV
Jawapan : C
I - mengandungi makna yang tidak mudah difahami
III - jarak ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah)
IV - yang berkaitan dengan atau terbatas pd lingkungan
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q24
I Mereka bekerja keras untuk memenangi perandingan
kebersihan kelas.
II Murid-murid yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan
tindakan keras.
III Buah nanas itu belum boleh dimakan kerana masih keras.
IV Besi yang keras itu sangat sukar untuk dilenturkan.
A I, II, III
B I, II, IV
C I, III, IV
D II, III, IV
Jawapan : C
I - dgn giat atau bersungguh-sungguh tenaga atau usaha
II - tindakan berat
III - tidak lembut
IV - kuat dan padu
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q25 |
|
|
|
|
Pilih ayat tanya yang sesual bagi ayat di bawah.
Kempen Kitar Semula dijalankan dengan kerjasama murid-murid dan ibu bapa.
A Bagaimanakah Kempen Kitar Semula dijalankan?
B Mengapakah murid-murid dan ibu bapa menjalankan
Kempen Kitar Semula?
C Apakah aktiviti-aktiviti Kempen Kitar Semula yang
dijalankan oleh murid-murid dan ibu bapa?
D Apakah tujuan murid-murid dan ibu hapa menjalankan
Kempen Kitar Semula?
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q26 |
|
|
|
|
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Mengapakah kamu gemar mengulang kaji pelajaran pada waktu malam?
A Saya lebih suka mengulang kaji pelajaran secara
bersendirian.
B Saya lebih tenang mengulang kaji pelajaran pada
waktu itu.
C Saya gemar mengulang kaji pelajaran di bilik
sendiri.
D Saya boleh mengulang kaji semua mata pelajaran pada
masa itu.
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q27 - Q28 |
|
|
|
|
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q27
"Beri arnab kita makan tiga kali sehari," kata ibu kepada Sheela.
A Tiga kali sehari arnab mereka itu diberi makan oleh
Sheela.
B Ibu berpesan kepada Sheela supaya arnab mereka diberi
makan tiga kali sehari.
C Sheela dan ibunya memberi arnab mereka makan tiga kali
sehari.
D Sheela meminta ibunya supaya memberi arnab mereka makan
tiga kali sehari.
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q28
Emak membuhuh ubat pada kaki adik yang luka untuk mencegah jangkitan kuman.
A Kaki adik yang luka, emak membubuh ubat mencegah
jangkitan kuman.
B Emak membubuh ubat adik pada kaki yang luka untuk
mencegah jangkitan kuman.
C Untuk mencegah jangkitan kuman, emak membubuh ubat
pada kaki adik yang luka.
D Untuk emak mencegah jangkitan kuman pada kaki yang
luka, adik membubuh ubat.
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q29 - Q30 |
|
|
|
|
Pilih ayat yang betul
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q29
A Ahmad sedang berfikir sama ada hendak membeli baju
serta seluar.
B Siti menyapu lantai manakala mendengar muzik.
C Santi memasukkan buku-buku ke dalam beg lalu ke
sekolah.
D Bapa membuka pintu supaya masuk ke dalam rumah.
Jawapan : C
A - Ahmad sedang berfikir sama ada hendak membeli baju atau seluar.
B - Siti menyapu lantai sambil mendengar muzik.
D - Bapa membuka pintu lalu masuk ke dalam sekolah.
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q30
I Abang melekatkan setem pada sampul surat.
II Jam jarum yang rosak itu telah dibaiki oleh abang
semalam.
III Walaupun dia sudah tua tetapi perangainya masih keanak-anakan.
IV Bas itu memandu dengan lebih berhati-hati di jalan yang curam.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV
Jawapan : A
III - Walaupun dia sudah tua, perangainya masih keanak-anakan.
IV- Bas itu memandu dengan lebih berhati-hati semasa/ketika di jalan
yang curam.
|
|
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q31 to Q35 |
|
|
|
|
Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Hoki rnerupakan
permainan yang popular di Malaysia. Mirnawan Nawawi adalah antara pemain hoki
yang cemerlang dan terkenal di Malaysia.
Mirnawan Nawawi
dilahirkan pada 19 September 1971 di negeri Melaka. Beliau mula mewakili
Malaysia dalam Kejohanan Hoki Remaja Dunia. Oleh sebab kehebatan dan
ketangkasannya, beliau telah dipilih untuk mewakili benua Asia dalam Kejohanan
Lima Benua pada tahun 1990. Selain itu, beliau juga pernah mewakili negara dalam
Sukan AsiaTenggara dan Sukan Asia.
Mirnawan Nawawi telah
diberikan tanggungjawab sebagai ketua pasukan hoki kebangsaan. Pasukan Malaysia
yang diketuainya telah berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Atlanta,
Amerika Syarikat pada tahun 1996. Penyertaan Malaysia ini merupakan kemuncak
kejayaan Mirnawan Nawawi. Walaupun pasukan kebangsaan tidak berjaya membawa
pulang pingat, namun semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka amat
rnembanggakan negara.
Bakat dan kesungguhan
yang ditunjukkan oleh Mirnawan Nawawi telah membawa kejayaan buat dirinya.
Beliau dianugerahkan Olahragawan Harapan 1990 dan Pemain Hoki Berbakat
Persekutuan Hoki Malaysia. Walaupun beliau tidak lagi beraksi untuk negara,
namun pengalaman dan kemahiran yang dimiliknya masih diperlukan. Pada masa ini,
beliau turut membantu peningkatan mutu permainan hoki negara.
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q31
Mirnawan Nawawi mula beraksi untuk negara buat pertama kalinya dalam
A Kejohanan Hoki Remaja Dunia
B Sukan Olimpik
C Sukan Asia Tenggara
D Sukan Asia
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q32
Mengapakah Mirnawan Nawawi dipilih untuk mewakili benua Asia?
A Pernah bermain di Sukan Asia
B Pengalaman dan kemahirannya
C Kehebatan permainannya
D Pemain yang berbakat
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q33
Mirnawan Nawawi pernah menerima anugerah yang berikut, iaitu
A Olahragawan Harapan 1990
B Pingat Kejohanan Sukan Olimpik
C Pemain Paling Cemerlang Malaysia
D Pemain Harapan Hoki Remaja Dunia
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q34
Antara yang berikut, yang manakah tidak benar tentang
penglibatan Mirnawan Nawawi dalam permainan hoki?
A Beliau pernah menjadi ketua pasukan hoki kebangsaan.
B Beliau pernah mewakili negara dalam Sukan Asia
Tenggara
C Beliau masih aktif mewakili negara
D Beliau dilahirkan di negeri Melaka.
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q35
Rangkai kata menbanggakan negara dalam pelikan bermaksud
A meninggikan semangat kebangsaan
B memajukan negara
C menaikkan nama tanah air
D meningkatkan maruah pasukan
|
|
PYQ - Malay 2006 Pap.1.Q36 to Q40 |
|
|
|
|
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
No. 88, Jalan Mahligai,
Kampung Baru,
33000 Kuala Kangsar,
Perak.
28 Mac 2009
Menemui sahabatku Chen
sekeluarga yang berada di Kuala Lumpur dengan selamatnya.
Sahabatku,
Apa khabar sekarang?
Saya sekeluarga di sini sihat sentiasa. Saya berharap agar saudara sekeluarga
begitu juga.
Untuk pengetahuan
saudara, surat saudara yang bertarikh 28 Februari itu telah saya terima. Saya
memohon maaf kerana lambat membalas surat saudara. Saya sibuk membuat ulang kaji
untuk menghadapi ujian, mengikuti kelas tambahan dan menjalani latihan sukan.
Tambahan pula, September ini kita akan menduduki UPSR.
Saya sekeluarga telah
berpindah ke kampung untuk menjaga nenek yang uzur. Kami berlapan termasuk nenek
tinggal di rurnah peninggalan datuk yang telah diubah suai oleh bapa. Sekarang,
saya berasa amat gembira kerana dapat bergaul mesra dengan saudara-mara yang
tinggal berdekatan. Sejak tinggal di sini, saya berasa lebih selesa dan bebas.
Suasana di sini tidak bising dan jauh dari jalan utama berbanding dengan Kuala
Lumpur.
Jiran di hadapan rumah saya ialah Encik
Chong. Beliau mempunyai sebuah bengkel
membaiki kereta. Seorang lagi jiran saya ialah Encik Ramli yang periang orangnya
dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru. Anaknya, Siti, sebaya
dengan saya.
Hanya setakat ini sahaja surat saya. Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan
kita di sana.
Sekian, terirna kasih.
Yang benar,
Susanti
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q36
Susanti menulis surat kepada Chen untuk
A menyatakan bahawa dia akan menduduki UPSR
B menceritakan tempat tinggalnya
C memberitahu bahawa dia belajar di Sekolah
Kampung Baru
D mengenalkan jirannya
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q37
Mengapakah Susanti sekeluarga berpindah?
A Berlajar di sekolah baru.
B Untuk tinggal bersama-sama nenek dan
menjaganya.
C Menjalani latihan sukan.
D Rumah nenek telah diubah suai.
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q38
Apakah hubungan Chen dengan Susanti?
A Jiran
B Sahabat baharu
C Kawan lama
D Rakan sekelas
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q39
Pilih pernyataan yang benar tentang surat tersebut.
A Susanti, Chen dan Siti akan menduduki UPSR.
B Bapa Susanti membuat keputusan untuk berpindah dari
kampung.
C Keluarga Susanti berasa lebih selesa tinggal di
Kuala Lumpur
D Encik Chong dan Encik Ramli ialah jiran Chen
PYQ - Malay 2009 Pap.1.Q40
Rangkai kata bergaul mesra dalam surat bermaksud
A berhubung dengan kerap
B berbual dengan perlahan
C bertegur sapa dengan sopan
D berkawan dengan baik
|
|