Home Malay Paper 2
UPSR 2009 Malay Paper 2
PYQ - Malay 2009 Pap.2.QA PDF Print E-mail

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

 
PYQ - Malay 2009 Pap.2.QB PDF Print E-mail

Pilih satu daripada tajuk- tajuk di bawah dan tulis sebuah karanganyang sepanjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan.

1.  Saya dan keluarga dalam perjalanan ke rumah jiran yang mengadakan majlis perkhawinan anak mereka. Setibanya kami di sana...

     Mulakan karangan kamu dengan, 'Setibanya kami di sana... 

ATAU

2.  Setiap minggu sekolah kamu mengadakan perhimpunan. Ceritakan aktiviti-aktiviti semasa perhimpunan tersebut.

ATAU

3.  Kamu mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di sekolah kamu. Tajuk sysrahan itu ialah 'Pentingnya Menjaga Kebersihan'. Tulis syarahan itu dengan lengkap.

 

 
PYQ - Malay 2009 Pap.2.QC PDF Print E-mail

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

     Kita harus sedar bahawa sekolah ialah tempat untuk menuntut ilmu. Sebagai murid, kita mesti memberikan perhatian semasa guru mengajar. Dengan cara ini, kita akan mudah memahami dan mengingati pelajaran yang diajar.

     Kerja rumah yang diberikan oleh guru perlulah disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Kita juga perlu membuat banyak latihan untuk menambahkan kefahaman. Sekiranya kita menghadapi masalah, bertanyalah kepada guru atau rakan-rakan. Selain itu, kita perlu belajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan.

     Melalui cara ini, kita akan memperoleh kejayaan. Apabila berjaya, jangan sekali-kali kita melupakan jasa ibu bapa dan guru-guru.