|
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q1 |
|
|
|
|
Written by Admin
|
|
Tuesday, 12 October 2010 02:20 |
|
“Biarlah _________sahaja ke sana,” kata pengawal itu kepada bendahara.
A patik
B hamba
C kalian
D beta |
|
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q2 |
|
|
|
|
Written by Admin
|
|
Tuesday, 12 October 2010 02:24 |
|
Berdasarkan gambar di bawah.

Pendaki itu mengibarkan Jalur Gemilang setibanya di__________ gunung yang tinggi itu.
A pinggir
B hujung
C puncak
D pangkal |
|
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q3 |
|
|
|
|
Written by Admin
|
|
Tuesday, 12 October 2010 02:25 |
|

Beberapa ekor rama-rama ______ pada bunga mawar di taman itu.
A tampil
B duduk
C tinggal
D hinggap |
|
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q4 |
|
|
|
|
Written by Admin
|
|
Tuesday, 12 October 2010 02:27 |
|

Buah tembikai itu _______ oleh kakak sebelum dipotong kecil kecil.
A dipecah
B dibelah
C dicucuk
D dicincang |
|
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q5 |
|
|
|
|
Written by Admin
|
|
Tuesday, 12 October 2010 02:37 |
|

Pokok-pokok bunga yang ditanam oleh emak di halaman rumah saya telah _____________.
A layu
B lemah
C longlai
D lesu |
|
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q11 |
|
|
|
|
Written by Admin
|
|
Tuesday, 12 October 2010 02:42 |
|
Berdasarkan gambar di bawah.

Jururawat itu berdiri di ___________katil sambil memeriksa suhu badan pesakit.
A hujung
B sudut
C sisi
D antara |
|
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q13 |
|
|
|
|
Written by Admin
|
|
Tuesday, 12 October 2010 02:43 |
|
Ranjit Singh __________ piala yang dimenangi pasukannya dalam pertandingan bola sepak.
A pegangan
B pemegang
C memegang
D berpegangan |
|
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q23 - Q24 |
|
|
|
|
Written by Admin
|
|
Tuesday, 12 October 2010 02:47 |
|
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q23
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q23
I Meja yang dibeli ayah itu halus saiznya.
II Jahitan pada pakaian itu halus dan kemas.
III Windy seorang gadis yang halus perkertinya.
IV Pekedai itu tiada wang halus untuk memulangkan baki wang Azhar.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q24
I Saya berasa baik apabila mendapat hadiah daripada abang..
II Dia mempunyai ramai kawan kerana hatinya baik.
III Kesihatannya bertambah baik setelah dirawat di hospital itu.
IV Ayah memandu keretanya dengan baik kerana jalan di situ rosak.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV |
|
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q25 |
|
|
|
|
Written by Admin
|
|
Tuesday, 12 October 2010 02:50 |
|
Pilih ayat tanya yang sesual bagi ayat di bawah.
Bagaimanakah masalah itu dapat diselesaikan?
A Pada pagi tadi, masalah itu dapat diselesaikan
B Masalah itu telah dikemukakan oleh Encik Mohan
C Masalah itudapat diselesaikan melalui perbincangan.
D Encik Mohan yang memberikan idea untuk meyelesaikan masalah itu. |
|
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q26 |
|
|
|
|
Written by Admin
|
|
Tuesday, 12 October 2010 02:51 |
|
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Encik Johan singgah di stesen minyak bersama-sama dengan anaknya untuk membeli surat khabar.
A Mengapakah Encik Johan memberli surat khabar bersama-sama anaknya di stesen minyak?
B Apakah tujuan Encik Johan bersama-sama anaknya singgah di stesen minyak?
C Siapakah yang singgah di stesen minyak bersama-sama anaknya?
D Adakah Encik Johan dan anaknya membeli surat khabar ketika singgah di stesen minyak? |
|
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q27 - Q28 |
|
|
|
|
Written by Admin
|
|
Tuesday, 12 October 2010 02:51 |
|
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q27
“Catlah rumah kita agar kelihatan cantik,” kata Puan Liew kepada anaknya.
A Puan Liew menyuruh anaknya mengecat rumah mereka agar kelihatan cantik.
B Puan Liew menyuruh anaknya mengecat rumah kita agar kelihatan cantik.
C Puan Liew menasihatinya anaknya agar mengecat rumah mereka yang kelihatan cantik.
D Puan Liew menasihati anaknya yang kelihatan cantik agar mengecat rumah mereka.
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q28
Encik Harun menjual hasil pertaniannya di pasar tani pada setiap minggu.
A Hasil pertanian Encik Harun dijual di pasar tani pada setiap hari minggu.
B Pada setiap hari minggu, hasil pertanian dijual di pasar tani Encik Harun.
C Pada setiap minggu, hasil pertanian dijual oleh Encik Harun.
D Hasil pertanian Encik harun dijual olehnya di pasar tani pada setiap minggu. |
|
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q29 - Q30 |
|
|
|
|
Written by Admin
|
|
Tuesday, 12 October 2010 02:52 |
|
Pilih ayat yang betul
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q29
A Bas yang kerosakan itu berhenti di perhentian bas.
B Jangan menerima pelawaan orang yang tidak dikenali.
C Mereka bekerja untuk tingkatkan pendapatan keluarga.
D Padang itu menjadi tempat menandingi bola sepak.
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q30
I Jari telunjuk Ramasamy luka terkena pisau yang tajam.
II Ubi kentang yang dimasak oleh kakak itu sudah empuk.
III Kesihatan datuk tidak berapa segar sejak semalam.
IV Pendengaran nenek kabur kerana sudah tua.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV |
|
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q31 to Q35 |
|
|
|
|
Written by Admin
|
|
Tuesday, 12 October 2010 02:53 |
|
Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
MELAKA, 21 NOVEMBER – SJK (T) bacang telah mengadakan hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah. Majlis ini diadakan untuk memberikan penghargaan kepada murid-murid yang cermelang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Majlis ini bermula pada pukul 10 pagi dengan ketibaan tetamu kehormat, iaitu Pengawai Pelajaran Daerah melak Tengah. Beliau telah menyempurnakan upacara perasmian. Ketibaan beliau disambut oleh Guru Besar, iaitu Puan Rajeswari, pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), iaitu encik Narayanan dan guru-guru sekolah ini.
Dalam ucapan Pengerusi PIBG, Encik Narayanan menasihati murid-murid agar berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Dalam ucapan Guru Besar pula, Puan Rajeswari menyeru guru-guru dan murid-murid agar mengharumkan nama sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum. Seterusnya, Pegawai pelajaran Daerah, Encik Adnan Ali, meminta guru-guru dan warga sekolah mengekalkan kecermelangan sekolah ini sebagai sekolah terbaik di Daerah Melaka Tengah.
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dari Tahun Satu hingga Tahun Enam. Selepas itu diikuti dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang memperoleh 7A dalam UPSR 2010. Acara kemuncak ialah penganugerahan Tokoh Pelajar, iaitu Suresh a/l Rajan, yang cemerlang dalam UPSR sert Berjaya meraih gelaran Olahragawan Sekolah 2010.
Sebelum bersurai, para hadirin menjamu selera di kantin sekolah. Majlis ini berlangsung dalam suasana yang meriah.
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q31
SJK (T) bacang mengadakan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah untuk
A mengingati jasa warga sekolah.
B meraikan Pengawai Pelajaran Daerah.
C menghargai murid-murid yang cemerlang.
D mengharumkan nama sekolah.
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q32
Siapakah yang merasmikan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah?
A Suresh a/l Rajan
B Guru besar SJK (T) Bacang
C Encik Narayanan
D Pengawai Pelajaran Daerah
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q33
Siapakah yang tidak menyampaikan ucapan?
A Encik Rajan
B Encik Adnan Ali
C Puan Rajeswari
D Encik Narayanan
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q34
Suresh a/l Rajan dipilih sebagai Tokoh Pelajar kerana
A dipilih sebagai pelajar terbaik Daerah Melaka Tengah.
B memperoleh 7A dalam UPSR 2010
C dianugerahi gelaran Olahragawan sekolah 2010.
D cemerlang dalam bidang sukan dan pelajaran.
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q35
Acara kemuncak dalam petikan bermaksud
A pertunjukan yang gilang-gemilang.
B kegiatan yang diminati ramai.
C perkara yang paling istimewa.
D aktiviti yang menarik perhatian. |
|
PYQ - Malay 2006 Pap.1.Q36 to Q40 |
|
|
|
|
Written by Admin
|
|
Tuesday, 12 October 2010 02:54 |
|
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pokok serai memang tidak asing bagi masyarakat kita. Pokoknya seakan-akan lalng, hanya pangkal batangnya berumbi. Daunnya berwarna hijau dan agak gatal apabila terkena pada kulit kita. Biasanya serai ditanam terutamanya di sekitar rumah atau kebun. Pokoknya perlu dibaja dan disiram untuk menghasilkan batang yang besar dan bermutu.
Pokok serai digunakan sebagai bahan masakan. Batang pokok serai mempunyai perasa lemon yang kepedas-pedasan dan sangat digemari. Masakan yang perlu menggunakan serai ialah tomyam, rending dan masak lemak cilia pi.
Terdapat sejenis lagi serai yang dikenali sebagai serai wangi. Serai ini mempunyai kegunaan istimewa. Serai ini ditanam secara besar-besaran untuk menghasilkan bahan bagi kegunaan industry minyak wangi. Bahan ni juga boleh digunakan untuk membuat sabun mandi dan sejenis lilin bagi menghalau nyamuk. Selain itu, serai wangi juga boleh dijadikan sebagai minyak urut. Minyak ini sesuai digunakan untuk mengurangkan kesakitan akibat terseliuh, sakit sendi dan kembung perut.
Kesimpulannya, pokok serai mempunyai pelbagai kegunaan dan manfaat serta dijadikan sebagai sumber pendapatan . Oleh itu, kajian perlu terus dijalankan bagi menambah barang-barang yang dapat dihasilkan daripada serai.
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q36
Untuk menghasilkan serai yang bermutu, tumbuh-tumbuhan ini
A mesti disiram dan dibaja selalu.
B mesti ditanam di sekitar rumah atau kebun.
C perlu ditanam secara besar-besaran.
D perlu dikaji untuk menghasilkan pelbagai barang.
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q37
Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
A Serai yang dibaja boleh menghasilkan barangan bermutu.
B Minyak urut daripada serai wangi boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.
C daun serai yang bermutu digunakan untuk menghasilkan minyak urut.
D Lilin untuk menghalau nyamuk boleh dihasilkan daripada serai wangi.
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q38
Mengapakah serai digunakan dalam masakan?
A Mengandungi perasa lemon yang kepedas-pedasan.
B Minyaknya boleh mengurangkan ksakitan yang dialami.
C Menghasilkan pelbagai rasa dalam masakan.
D Mempunyai pelbagai keistimewaan.
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q39
Barang-barang yang berikut dihasilkan daripada serai kecuali
A bahan masakan
B minyak wangi
C baja tanaman
D minyak urut
PYQ - Malay 2010 Pap.1.Q40
Rangkai kata sumber pendapatan bermaksud
A punca pekerjaan
B punca rezeki
C hasil usaha
D hasil lumayan |
|